PELABURAN SAHAM ADALAH PERNIAGAAN

Pelaburan saham ialah suatu perniagaan.

Pergerakan harga di pasaran saham menggambarkan perubahan emosi manusia. Naik turunnya harga saham berkait rapat dengan psikologi manusia.

Untuk memahami satu perkara baru bukanlah satu proses segera. Dengan hanya menghadiri seminar sehari dua tak mungkin kita terus faham dan mahir. Ianya satu proses pembelajaran yang berterusan sama ada dengan belajar melalui pengalaman sendiri ataupun pengalaman orang lain.

Di atas dasar ini, 9 Equity Wealth Creations Sdn Bhd (9 Equity) ditubuhkan. Ia bermula sebagai penyokong dan rakan pembimbing alumni program pelaburan saham Tuan Haji Mohd Asri, mentor pelaburan No.1 di Malaysia. Lebih 10,000 peserta telah mengikuti program-program beliau. Fokus kami pada mulanya adalah sebagai pemberi khidmat sokongan langsung dalam program-program tersebut dengan bantuan jurulatih yang bertauliah dan fasilitator, untuk membimbing peserta supaya lebih faham dan mahir.

Kini melalui program-program pelaburan saham kami, kami sendiri membina platform untuk memperjuang dan memartabatkan ekonomi bangsa melalui perkongsian ilmu dalam pemilikan ekuiti, agar lebih ramai terlibat di dalam pelaburan saham dan menjadi pelabur yang bijak.

Matlamat kerajaan ialah untuk mencapai tiga puluh (30) peratus pemilikan Bumiputra di pasaran saham. Tetapi setelah lebih 40 tahun dasar itu dibuat, pencapaian Bumiputra masih jauh ketinggalan. Bangsa lain sudah lama ke hadapan, berkecimpung di dalam pasaran saham. Di mana kita?

Peluang ada di mana-mana, tetapi hanya yang berilmu sahaja tahu untuk menggunakan peluang dengan tepat.
Jadilah pelabur yang bijak.